Friday, September 7, 2012

11/9/2012? Revolusi Bakal Berlaku?

Assalamualaikum W.B.T


Mayang berliut berisi padat,
     tidaK bercabang lembut empulur;
Resamnya timur menjunjung adat,
     bila bertandang salam dihulur.

Rilex, jangan gabra, acah ja tajuk entry tu (haha).

11.9.2012 mungkin menjadi tarikh untuk beraksi maut certain para pelajar darjah 6 di seluruh sekolah di Malaysia. Ada yang mungkin akan kata "alah! kacang je kot UPSR ni.", ada yang berulang kali kata "mampoih la aku, hat aku baca 1 haram ta masuk lagi niiiii.". Yang da siap siaga tu tahniah, tapi bagi yang still tehegeh-hegeh nak study last minute yang kononnya membawa kepada result gempak tu. Jaga-jaga, takut kang kita plak yang kena gempak tu. Gempak positif ta kalot sangat, gempak hat yang tak berapa syok tu camna? Sendiri mau ingat la kan.

Malam ni malam Jumaat, kalau zaman bebudak dulu tu malam ni la malam paling spooky. Haha! Mitos wal rekaan, bila da besar malam Jumaat la malam paling best kot (kih3 nakai sat).

Back to the reality un-fairytail, malam berkat mesti la ibadat "special edition" kan? Bagi sapa yang tak tau tu, meh na habaq "hari ni orang baca yasin kat surau & masjid, pacik lepak kat kedai kopi tadi ada pa? tahlil ka semayang mayat?" (kuang3).

Specialnya malam ni, surau dekat rumah gua ni buat bacaan yasin khusus untuk budak-budak UPSR. Pergh! Tekejut beruk gua tadi, selalu budak-budak ada 2 3 orang. Tup-tup hari ni, FUIYOO! Macam tu la gua rasa. Ramai gila budak hari ni, dari yang tadika sampai ke tingkatan 5. Bila bebudak ramai tayah cakap la, macam spesies ada, hat rempit ngan gheqek (basikal), hat yang merempit ngan motor, aweks pun boleh tahan (cik-cinta-mati jangan jeles).

Firstly (cewah! omputeh ta habeh-habeh), panas badan dengan solat Maghrib berjemaah. Memang gema abes la surau tadi, ramai punya pasal sampai terlepas keluar pun ada. Nasib hang la budak, tapi dok luar pun main. Hmmmm~

Selesai solat, ada jamuan. Gua cabut awal lagi gara-gara perut still kenyang. Adik gua menipu ja keja, beliau cakap "makan gearbox wey!". Alih-alih mak gua cakap "gulai daging kot", nampak permainan beliau di situ?  -_-''

Azan berkumandang tanda masuk waktu Isyak, setan dah mai dah (lahabau ko setan!). Akhirnya, Alhamdulillah tersadai jugak setan tu dan dengan jayanya gua sampai ke surau (padan muka ko setan!).

Siap solat Isyak, Imam (bapak gua) tengok belakang, tengok plak tuan penasihat surau, pas tu tengok gua (gua dah cuak), penasihat buat muka macho, bapak gua angguk pala gaya macho kasik kalah tuan penasihat. Suddenly! "kita buat tahlil dulu!", penasihat akhirnya kalah di tangan bapak gua.   :p 

Siap tahlil, sekali lagi bapak gua tengok kiri kanan. Tup-tup, orang yang dinanti dan ternanti-nanti pun sampai. Al-fadhil ustaz Aswad, beliau la yang mengimamkan solat sunat hajat & conduct bacaan yasin sekali. 

Gua tengok bebudak ni bukan takat letak air, bekas pensel, pemadam, pensel, pembaris, coklat, kismis, yang letak beg sekali pun ada. WAUU! Terbaik ar hang, haha.


Botol air pun dah dekat penuh surau. Nampak bekas pensel? huhu.
 


Yang ni separuh ta sampai, sebelah sana ramai lagi (segan na amek gambar bebanyak),
 yang ada kat luar besepah.   :D



Lepas baca yasin, dapat sagu hati lagi bebudak UPSR ni.
Syok la depa (terasa tua di situ).
[Baju hijau kain pelikat brownie sambil pegang micro mike = bapak gua, a.k.a pengerusi surau Al-islah]

Tu la dia sikit sebanyak program hari ni, kepada kanak-kanak yang amek UPSR minggu depan "all the best". Bukak mata kawan-kawan, banggakan mak ayah kamu.


Sekian, assalamualaikum W.B.T

Wednesday, September 5, 2012

I Bangga Tau Pakwe I Tu Rempit.

Assalamualaikum W.B.T

Sirih berlipat sirih pinang,
      sirih dari pulau mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
      awal bismillah pembuka bicara.

Hallo~ (mat saleh celup sat) brader, sister, mader, fader, tok che, opah (kampung style. Not gangnam punya) & oll of Fikri's fren. Amacam lu orang punya day? Gua kat sini sejuk meghekot gara-gara Kedah hujan dengan bapak lebatnye pun. Keyyel pun dengaq kata hujan sampai banjir-banjir kat highway berdekatan UPM. Nasib ghumah gua ni atas Bukit Selambau, kalau dok Bukit Besaq lagi selamat la no. Tapi hat yang dok Kota Sarang Semut hati-hati la, hujan-hujan ni bukan takat penempatan rakyat semut naik ayaq, istana semut pun naik ayaq, bahkan kepala manusia pun buleh naik ayaq. Mintak-mintak tadak kemalangan jiwa dan raga la no. Keh3~ melawak-melawak sat, jangan dok amek hati pulak. Kesian kat depa hat yang tadak hati nu, sampai buta peghot pun ada. 

"I layan mat rempit je k, orang-orang biasa macam you ni I ta layan sangat. Sorry k"

Haa, gua baru jumpa ayat ni kat twitter. Gua baca description dia :

"sape yang nak I kena naik RXZ, 125 or Double R je. Ada helmet Arai Okada ori warna biru atau merah. Kaki haw and dompet sentiasa tebal. Pakai baju butik je, baju pasar malam or bundle I ta kan layan k. Sape yang cukup syarat yang I tetapkan tu boleh PM I"

Huulala~ Arai Okada tu gua tengok ada dalam lingkungan RM4k ke atas (untuk yang original). Kaki haw tu sampai la ni gua tataw apa dia, kaki hawaq kot no. Baju butik & dompet tebal, kalau yang kerja secara halal ok lagi. Tapi kalau meragut, merompak, samun bla bla tu, tak rasa gampang ke (KL sat)? 

(patut la kalau ayat romantik mesti ada jiwa dan "raga", motor kan ada raga.)

Budak-budak muda la ni pun makin seghabut gua tengok, hatta budak sekolah rendah pun ada hat gatai tahap tenuk yang sebaya pun malu na buat. Semalam adik gua ceghita :

"Wey hang tau dak tadi ***** nak pegang k**e aku."

"Awat hang ta bagi ja? Bukak seluaq nuh tunjuk kat dia, gatai sangat. &$^% tadan tumbuh bulu g dok gatai tak mau-mau, tobat arh."

Sekolah rendah pun da tahap cenggitu, apatah lagi sekolah menengah & nabasiti (universiti bahasa ustaz Azhar Idrus). Mak ayah manjakan sangat sampai anak buat salah, cikgu pulak yang disaman. Adesh! Itu macam ka? 

Gua penah tengok budak dalam 7 or 8 tahun pakai Iphone 4 (gua tau sebab budak tu sepupu kepada kawan gua). Pergh! Gua yang da bebelas tahun ni ta penah lagi merasa barangan Apple ni. Untung la mak ayah kaya, tapi tak terfikir ka dengan gajet secanggih tu boleh bawak kepada 2 risiko :

i  - Kena culik.
ii - Masalah sosial.
(tak takut ke?)

Salah sorang dari kawan adik gua siap berbaby-baby, bersayang-sayang, berabang-abang dalam mesej or SMS. Alahai~ Umur baghu setahun jagung dik oooiii~ silap-silap jagung pun lagi tua dari hampa. 

Kepada ibu, mak, mama, umi, mami, mom, ayah, daddy, abi, pak, abah, sila prihatin dengan tindak tanduk anak-anak anda. Dunia zaman la ni cukup sekadar sebijik henpon or bahasa rasminya "handheld-device", boleh lahir Perwira atau Pelingkup. Renung-renungkan, selamat beramal. 

Assalamualaikum W.B.T

Tuesday, September 4, 2012

Huru Hara Muda Mudi Globalisasi.

Assalamualaikum W.B.T.

First expression, pergh! Semak samun blog gua ni, lalang pun da tumbuh melata sepanjang banner gua kat atas tu. Nampak tak? Ta nampak? Kalau ta nampak, bak kata P. Ramlee "kalau tak nampak itu tandanya pendek umur, da nak mampos". Eit3! Rilex2! Jangan gabra, sekadar bingkisan awal penghapus lalang rindu. Lama haih cek ta jadi sasterawan nih (tiba-tiba rindu sekolah).    

*Sobs3~  (T_T)

Enggang sama enggang,
    pipit sama pipit;
Hujahnya saja panjang,
   tapi ideologinya tetap sempit.

Tajuk da maha sempoi, tak kan isi cengeng, ye dop? (gua rasa macam na lingkup ja entry ni). Kalau na cegheta pasai Pesbuk (kampung sikit ta kalot kot noo) & Twitter (habaq hat yang pemes ja), buleh kata seantaro umat manusia ada akaun akses untuk kedua-dua rangkaian sosial ni. Tapi kan, gua peghati lama dah benda ni. Yang syoknya Melayu ja yang TERover apply perangai ni. Padia? 

1. Kejar glamour, famous & animals.
Yang ni tajuk paling syok kalau na ngata, ngutuk, pelingkup & telangkup oghang. Hat dok peghangai lagu ni (maap kalau teghasa) major in call-nyer 'Kaum Hawa'. Huiiiiiiiiiiiii, toksah dok kata pa! Depa ja cun (walaupun muka supa hantu kak limah naik tocang), oghang lain ta segak, depa ja. Post/Tweet pun ta main la hat koman spana lagu kita dok post/tweet tu.

Example : "tengah pack lunch box ni." 

                "I nak tekencing lew. Mish uols~ muahcx!"

(Ghasa macam na hempuk ja netbook ni) 

Hat tu antara post di FB. Pesyen tu gua ta kalot sangat, hat ANIMALS tu gua kalot la ni. "old mc donald has a duck, iya iyayo. QUACK! QUACK! lalalala........" aduhai, awat la kena duck face? Kesian la kat lembu sama. Lembu ngan ghebau tadak oghang na wat muka cam depa. Ayam da femes gara-gara ghamai la ni dok jalan berkaki AYAM, kambing pun ghamai dok ikut "Vudaxk ni malas mandy". Hailorhhh, ta cukup k-pop plus macam-macam lagi pesyen, binatang jugak yang hampa nak jadi. Haihh, tataw la.

2. Cinta Adam & Hawa.
Yang ni gua ta beghani na over sangat, sebab gua pun manusia. Cinta tu 1 keperluan dan lumrah manusia, masalahnya la ni keTERlaluannya meluahkan perasaan dan tayangan kisah ombak rindu. Gua pun luah jugak perasaan kat cik-cinta-mati-gua tu. tapi ni, ishhh~ gabai la oghang Kedah kata.

Misalan : "biey! manja cintakan biey! untukmu jiwa dan raga hatta isi badan manja sanggup serahkan demi cinta suci ni biey!" 

Mboihhh, nak romantik pun biaq patut padan la. Nak sakan sangat inbox sudah la, tok sah la dok open sangat, malu sikit aihh. Ta puas dengan post romantis ala 'kajang pak malau' tu, ditambah pulak perasa cinta suci (suci la sangat) dengan adengan ala-ala James Brook & Tun Hang Li Po bersenggama gitu. Kissing, hugging & seducing, hat dasyat lagi pun ada f***ing.  Walawau! Umoq beghapa dik? 13 tahun bang. Aiseymannn, felda bulu layang pun tak ditubuhkan lagi, belalai gajah pun ta sampai seinci lagi (18sx), galak.  

3. Maki Hamun.

Contoh : "P**i, nak h**am mana tibai BF aku ni?! Kelapaq b***h sangat ka?!"

Nahaii, gua baca status ni kat FB dan dipost (harap maap) oleh kaum Hawa. Majoriti la senang kata kaum Hawa yang kebanyakan jadi Hawaq. Pasai pa? Pasai laki pun pakat jadi malaun + hawaq tahap jakun (ta semua no). 

Senang kata, benda hat cikai-cikai ni ta payah la kita dok buat teghok. Boleh selesai cara baik, selesai la elok-elok. Ta kigha la hang ada kacuk Arab ka, Bangla ka, pak hang ada syarikat besaq ka. Ada akai pakai, ni kadang-kadang nama sedap dah Saifullah, Humaira (contoh). Bin pun sedap Jamel, Mohamed (contoh jugak), masyallah. Tapi sayang altitude down, senang la kita kata kuboq lain-lain. Tapi kalau sok mati boleh kafan sendighi, mandi sendighi, gali liang sendighi, tanam sendighi, ta kalot. Kuboq memang lain-lain tapi oghang lain jugak yang nak uruskan kita nanti. Renung-renungkan, selamat beramal. Terlebih, terkurang gua mintak maap awai-awai. haha! Assalamualaikum W.B.T