Wednesday, January 30, 2013

ICAM Go-Kart Championship

Assalamualaikum W.B.T.

Mencari timba si anak dara,
     Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
     Selamat datang untuk semua.

Hai teman-teman! Apa khaber kalian? Sihat kayaknya yah, muehahaha! 

Ok, cerita pasal event go-kart yang berlangsung 4 hari yang lepas bertarikh 26/1/2013. Agak basi lah orang kata, tapi nak buat macam mana, sifat malas menguasai bagai pagar besi yang xlepuh dek semangat hangat-hangat taik belalang, serius!


Gambar rajah di atas adalah goodie untuk semua ahli kumpulan 17 di bawah tajaan DRB-HICOM, gua pun dapat la benda alah ni, kekeke!


Ni lah dia ahli kumpulan 17 beserta go-kart tersebut, gandingan yang mantap bukan? 


Ni pulak gambar waktu baru berlepas, kalau xsilap gua ada dalam 27 team kot semua sekali, kalau xsilap la.

Dalam mana-mana race mesti ada eksiden, so go-kart yang kununnya selamat ni pon boleh tahan eksidennya.

CONTOH :



Mamat tersebut dari kumpulan 27 bawah tajaan Volkswagen, terliuk lintuk lah beliau ketika kejadian kate ko. Beliau terbabas dan terpelanting beberapa meter ja dari gua, depan mata gitu, beliau berkeadaan sedemikian beberapa saat sebab trek sesak dengan pelumba-pelumba separa handal berkelajuan tinggi.

Kart team gua pun xterkecuali untuk terlibat dalam adengan aksi 18SG seperti di atas, cuma xterliuk lintuk macam tu la.


See~ Kepek semput kart tersebut.


Tahniah kepada para pemenang ketegori pelajar dan CEO.

Seriously, gua menaip ni tidak dalam mood berinspirasi, agak xberseni entry kali ni, haha!

Sekian, Assalamualaikum W.B.T.

Sunday, January 20, 2013

Zip → Racing Girl → Lalak → Wayang

Assalamualikum W.B.T,

Sayang kumbang mencari makan,
    Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
    Moga diiring restu Ilahi.

Holla! Apa macam hari minggu korang? Ada joget-joget? Xdak? Ish ish, habis buat apa ja? Bukak kilang? waauu! Jap jap, meh gua teka, korang bukak kilang taik mata kan? Kan kan kan? Gua dah masak la dengan helah kanak-kanak ribena lagi sedunia macam tu. Bagi yang melalok dengan aktiviti berpekdah tu 'thumbs up'.

Gua sebenarnya nak update madah pujangga gua ni dari semalam lagi, tapi apakan daya. Masa berjalan ibarat tenuk yang lari dari kepupusan bangsa, laju gitu.

Mula dengan tajuk 'ZIP', (19 Januari 2013) setel ja exam 'Technology Service' gua rasa nak terkucil yang amat. Kira gua jalan ke toilet tu ada la gaya Angelina Jolie jalan, terkepit-kepit gitu, seksi bukan? Masuk ja gua dalam tandas yang tertulis 'Please Flush After Using', gua tengok dalam mangkuk jamban terbabit "CILAKAK!". Gua malas nak cerita apa ada dalam tu, gua teruskan niat gua nak buang sisa lebihan minyak. Dengan mudahnya gua bukak zip seluar gua, 'shhhhhhhh' bergetar seluruh tubuh nikmat gitu.

Usai pekerjaan sementara gua tadi, gua baru teringat, zip seluar gua pakai tu selalunya agak susah nak dibukak, tetiba boleh tarik bagai tiada apa yang berlaku. Gua pun usha la slow2, ternyata zip tersebut dah pun lari dari landasannya, tergamam gua sebentar, patur la lepas gua keluar dari dewan, sekumpulan budak pompuan depan pintu dewan mula senyum-senyum kambeng lepas gua ngeliat di tempat kejadian, cilakak di situ.




Akan gua bakar seluar ni hidup-hidup, ya! Gua pasti akan bakar!

Cerita kedua 'Racing Girl' sambungan selepas beberapa jam dari cerita di atas. Kawan gua buat gila lagi pada hari terbabit dengan ajak gua gi mancing, padahal gua xmancing pun. Kononnya lagi lepas hujan baru nak gerak, jimbit mereka buat sekian kalinya, hujan sepanjang program yang berlangsung. Akhirnya gua terpaksa jugak beli sekaki payung dan bertenggek ala-ala kuntilanak yang ayu lagi comel di tepian jeti Pekan tu.


PHEWITT! Racing girl gitu, aww! (~_~'')

Senario ketiga 'Lalak' pun berlangsung lepas beberapa jam lepas cerita kedua tadi. Lalak a.k.a karaoke, gua lalak kejap je, lalak ntah apo-apo ntah. Gua lepak luar je la dek nak main wifi percuma, muehaha! Ehem, macho itu perlu.


Awww! Fahrin Ahmad! Peliss......... (-_-'') *gambar ni menunjukkan kegemukkan gua, sadis*

Last in the list, 'Wayang'. Last gua tengok wayang dengan bunga cinta gua, belajar tengok wayang pun dengan beliau, gua ja yang kolot xpenah tengok wayang, ihiks! Tergedik pulak, sorry~ Balik ke jalan yang benar, time tu kalau xsilap gua pukul 11.40 malam (habis karaoke pukul 11 malam), wayang tengah malam la ni. Ceritanya 'The Last Stand' lakonan Arnold Schwarzenegger.



 Cerita bebanyak kang kena maki lak, better korang gi tengok sendiri la, jalan cerita dia boleh tahan la, not bad la ongputeh kata.

Konklusinya korang boleh predict la dari pukul 12 tengah hari gua keluar sampai 4 pagi baru gua balik bilik, hebat bukan? Gua keluar sampai ke pagi xbuat benda pelik-pelik na, tadak la gi sontot pompuan ke, menyontot bapuk ke, xder xder xder. Semuanya halalan toyyiba, sekian, Assalamualaikum W.B.T.




Saturday, January 19, 2013

Belut Oh Belut.

Assalamualaikum W.B.T.

Indah berbalam si awan petang,
       Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
       Awal bismillah pembuka bicara.

Heiyo man, berjumpa lagi kita di dalam segmen 'Tanya Sama Pokok', terasa Aznil Haji Nawawi sat, muehaha! 

Mula-mula sekali gua nak ucap tahniah buat Jozan yang merangkul tempat pertama dalam Maharajalawak Mega 2012, gua peminat nombor ke berapa juta tu...  \ (^_^) /

Belut? Sapa xkenal belut? Google la, malas gua nak buat 'National Geographic' tengah-tengah pagi buta ni. 

Petang tadi (ekceli petang 18 Januari), kawan-kawan sekepala masam dengan gua ajak gi mancing kat jeti Pekan, kononnya baru lepas hujan banyak ikan naik, jimbit dorang lepas hujan, waktu pergi hujan dan sepanjang program berlangsung pun dalam keadaan tengkujuh yang optimum.   (-_-")

Tunggu punya tunggu, joran salah sorang dari 4 kawan gua berhinggut bagai ada nada cinta sedang bermain di situ. Sentapan maut dijana dengan penuh keringat dingin, memintal tali joran beliau dengan penuh keasyikan umpama melayah bahtera Repulse milik British ketika diserang Jepun seabad lalu.

Hasilnya................................. Jeng jeng jeng.........




Belut eksotik lagi mistik didaratkan, ekspresi buat pertama kali WOW! Lepas tu, err, euuwwww.  (@_@)

Kita orang ekceli dorang cadang nak jual, tup-tup xterjual. Tetiba cadangan untuk dimasak dan makan dikemukakan salah sorang kawan gua yang lain, semua setuju walaupun gua agak ragu-ragu ngan natang ni. 

Waktu besiang, ya Allah! Liat ya Rabbi. Bau dia xpayah cakap, memang xdapat diungkap dengan kata-kata. 

Last sekali apa jadi? Makanan tong sampah yang hakiki lagi penerima segala bahan buangan.

Moral of the story, lagi baik buang kalau permulaannya dah ragu-ragu.

Sekian, Asslamualaikum W.B.T.


Friday, January 18, 2013

'Family Dinner Box' Untuk 2 Pelahap?!

Assalamualaikum W.B.T

Mencari timba si anak dara,
     Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
     Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah, terasa lagi kita akan oksigen segar di hari Jumaat penghulu segala hari. Wahh! Terasa seakan Ustaz Don di situ, ihiks! Uhuk! Macho itu perlu.

Ok, hari ni gua xnak cerita pasal hari ni, tapi gua nak cerita pasal apa yang jadi tahun lepas. Ehh! taktaktak, gua nak cerita pasal semalam, malam jumaat. Malam yang paling spooky bagi kanak-kanak ribena, tapi malam paling indah lagi epik bagi yang berkahwin, awww. *Gedik sebentar bersama Nikon*

Macam yang gua dah bagi tau hari tu, gua dalam minggu final exam, so tekanan adrenalin sangat menggila waktu ni. Lepas lalok dengan nota 'Introduction to Service Technology', gua terasa teramat down di samping bahagia dapat melpaskan rindu kat si bunga cinta gua yang ada di Toronto kot, taktaktak, tartar kot. Err, tapi tu kan nama sos, ok ok, Tanta. Jauh bukan? Hewhewhew....... Walaupun rindu lepas dengan cara bergaduh, kurang-kurang gua texting beliau, tangisan dalam nikmat gitu, awww.

Berbalik pada cerita asal, lepas gua lalok dengan nota-nota tersebut, gua terasa ada konsert amal Avenged Sevenfold dalam perut gua. So gua jengah la kejap bilik jiran gua yang bertentang dengan bilik gua ni, gua tengok beliau terlebih dahulu gila dari gua (-_-'')

"Azri, Family Dinner Box jom!" ajak gua,

"Pukul berapa skang ni?"

"1.30 A.M"

"Jom!"

Bersupirkan kawan gua, termeterai la perjanjian antara gua dengan cashier MCD yang bertugas waktu tu. Family Dinner Box set B jadi pilihan, aumm aumm aumm!



TADAA! Hebat bukan? Dua orang makan untuk satu kotak.

-Family Dinner Box set B-
-2 Spicy Mc Chicken Deluxe-
-2 Mc Chicken-
-6 pieces Chicken Nuggets-
-2 Sundae-
-4 Coke-
-3 Fries-

Lalalala, terasa di syurga sebentar lepas melahap segala makanan tersebut dengan rakus lagi kebinatangan. Burrpp! Alhamdulillah, muehahaha! Hilang ketegangan urat kentut gua dek mengadap nota dan ketidakstabilan emosi.

Sekian, Assalamualaikum W.B.T.



Thursday, January 17, 2013

Vendeta Bersih

Assalamualikum W.B.T.

Indah berbalam si awan petang,
     Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
     Awal bismillah pembuka bicara.

Kabare? Sihat wal lepat liat kah anda? Kalau dah lalok ke blog gua past-pastilahnya sihat kan? Kalau xsihat pun anggaplah yang anda tu sihat, muehaha! Ehem, macho itu perlu.

Ok, tudei ai wut laik tu tel u ol a bit of basi stori dat is de epik of "Listen, Listen, Listen, Let Me Speak Mantra By Zohra"

Dari sumber yang boleh dipercayai, kes ni dah sebulan sembilan hari. Tapi kenapa sekarang baru nak dicanai? Musykil bukan? Tapi itu xmenjadi isunya, yang gua berbulu ni dek tisu busuk yang disediakan di kedai mamak baru-baru ni, ok tipu ja.



Ok ni la mamak yang bagi tisu-tisu badan budak-budak UUM membusuk, who's that cute bebeh? She is Sharifah Zohra Jabeen, Presiden Suara Wanita 1 Malaysia. Gua xpasti beliau masih memegang jawatan tersebut, dengar desas desus beliau dilucutkan jawatan dek isu ni lah. Xkesahlah mungkin beliau pun dah insaf, yang bertisu-tisunya ni mamat vendeta yang mengganyang pelajar UUM dengan gelaran BODOH tu. Gua nak tanya, relevankah soalan mamat tersebut?

Mengikut sesetengah sumber, UUM hanya menyediakan dewan dan peserta yang ada dalam tu majornya dan berkemungkinan bukan pelajar UUM. Dan permasalahannya lagi, perlukah libatkan politik? Hanya kerana bertepuk tangan dan bersuara bagai nada sinis adakah perbuatan tersebut dianggap menyokong? Bitch please, xsampai ke dasar dah cakap nampak harta karun, memang karutlah. 

Gua bukan nak berpolitik, tapi kalau melihatkan sikap yang sedemikian, adakah dia layak dianggap sebagai hero rakyat yang kononnya bersabung nyawa di perhimpunan Bersih? Awal-awal lagi gua tunduk tanam muka, malu kot. Jika mamat tersebut ada PHD sekalipun, adakah perlu berkata sedemikian? Perlukah menghina? Perlukah menuduh? Gua rasa kes ni xperlu nak melibatkan mana-mana parti, benda ni pun jadi atas sikap presiden tu sendiri, xperlukan nak menuduh, menghina dan libatkan mana-mana parti? Kan kan kan?

Bagi gua, korang nak berpolitik tu suka hati lah asalkan jangan libatkan orang lain, tapi kan lagi bagus kalau korang jaga mak ayah bagi sempurna dulu baru cakap pasal politik. Politik libatkan negara, kalau dari institusi keluarga pun dah tunggang langgang, lagi bagus xbercakap pasal politik bukan? Make up your mind, jangan tuduh melulu, xperlu jugak menghina bagai nak gila kan? Tepuk dada kerah akal, fikir dulu sebelum berkata-kata.

Sekian, Assalamualaikum W.B.T.

Wednesday, January 16, 2013

Matahari Main

Hendak belayar ke Teluk Betong,
     Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
      Bulat manusia kerana muafakat.

Assalamualaikum W.B.T

Hawau you gay? Ehh, bukan gay ke? Guy erk? Pedhuli hape aku, muehaha! Ehem, malu orang tengok.



Ok, hari ni gua nak berceretera pasal 'Matahari Main', apa? Gua cuma translate dari diagram kat atas ni ha. SUNPLAY, jadi la MATAHARI MAIN kan? Ahhhh! Salah xsalah belakang cerita la. 

Permasalahan benda alah ciut miut ni adalah harga dia. Kenapa? Sebab harga beliau langsung xkiut, terkentut gua dengar seller tu sebut harga dia kata ko. Harga dia boleh tampung makan minum gua selama seminggu, hebat bukan?

-Sunplay-
-Net Weight : 35g-
-SPF 130 PA+++-
-Price : RM34.90-

Ya Allah! Teberok gua nak bayor kate ko, nasib la kawan gua bankers yang berwawasan, lepas jugak bayar benda alah ni. Haih, apakan daya kulit sensitip ngalahkan gegurl nih, panas sikit masak + berlada la isi tangan, leher & muka gua yang iras-iras Aaron Aziz ni. Tapi xpe, sebagai bakal manager kumpulan gokart DRB-HICOM yang berdaya makmur ni, eloklah kiranya berkorban sikit (berkorbanlah sangat), tangan di bahu mata ke atas.

Tu saje la kot, ok la bebeh, Assalamualaikum W.B.T.

Tuesday, January 15, 2013

Pedhuli Hape Aku.

Assalamualikum W.B.T.

Padi goreng dibuat bertih,
    untuk umpan ikan gelama;
Kalau hati terasa pedih,
    jemput berhibur bersama-sama.

Hehh! Pedhuli hape aku!

Amacam kanak-kanak riang sekalian? Sihat? Sakit? Pedhuli hape aku  :p

Firstly, esok gua akan menentang kertas peperiksan yang kononnya suci ibarat kain langsir dari Nagoya Textile gitu, gua tau, korang mesti nak cakap "PEDHULI HAPE AKU" kan? Oh pelisss....

Lame xberbloging ni membuatkan jari jemari gua terkaku lagaknya, kunun-kununnya sebelom ni taip sehebat A.Samad Said lah kan, haish~

Ekceli gua nak berceretera pasal insan-insan yang berbangga dengan kehebatan dorang memasing yang kononnya mampu mengubah tenuk kepada tapir, walaupun tapir & tenuk tu spesis yang sama, tapi dorang tetap ingin mengubah. Kononnya menyahut slogan "TRANSFORMASI" yang digembar gemburkan marcapada ni.

Ada 1 group yang diasaskan si polan ni dekat kolej yang gua tengah belajar 'nowaday'. Group tersebut bertunjangkan dakwah & islamiah, permulaan group ni nampak sangat fantastik & bombastik, sebab dorang ada sesi ziarah ala 'Tabligh' dari bilik ke bilik sambil bagi nasihat + tazkirah, hebat bukan? So gua mula tertarik untuk join group tersebut, lepas tu gua baru tau yang pengasasnya orang kuat 1 parti politik ni, memang fanatik habis la kate ko... Gua pun bermonolog 'ahh, pedhuli hape aku', orang ajak kearah kebaikan, jadi kenapa nak pertikaikan pilihan beliau.

Sampai la 1 hari tu si polan & ahli groupnya di pihak perempuan ni mula tunjuk kutu (bosan lah asyik tunjuk taring je), mereka mula berdakwah di Pesbuk dengan kaedah 'tunjuk-pandai-sambil-menyembur-pedas-bagi-orang-terasa', hebat bukan?

Sampai 1 tahap gua dah xtersanggup melihatkan beliau menyembur hampir majoriti budak-budak kat kolej gua, jadi gua batalkan niat nak join grup tersebut. Bhai, lu nak ajak orang buat baik, tapi sikap lu tu sendiri kebudak-budakan, xboleh ditegur asyik nak membaran, macam mana ahli nak bertambah kalau lagaknya macam tenuk yang memonopoli kawasan jajahan tapir semenanjung Indonesia.

Konklusinya, nak sampai ke puncak xperlu terkocoh-kocoh dengan perangai yang xseberapa, nanti kang yang dikejar xdapat, yang dikendong berciciran.

Sekian, Assalamualaikum W.B.T.