Tuesday, November 29, 2011

Tiga Kisah,Dua Rasa

assalamualaikum WBT....

tali kecapi mula melendet,
     sang artisan mula mengherdik,
haiya! sudah lama tarak update!
      ini tangan sudah gedik-gedik...

muahahaha..TIGA KISAH,DUA RASA...hampa agak-agak la kan..natang apa aku na cegheta mai ni? kalau tataw buleh ghenyeh ja la noh..na wat gena kan..kekeke..no hal babe..

starting mana-mana cegheta pon mesti selang seli betoi dak? sat sedih~ sat happy-happy~

(mood pembaca berita...mulakan mood skema gaban)

begitulah hakikat realiti perjalanan hidup sang remaja nista ini selama beberapa hari yang padat (sebab tengah SPM)...

First story line..
Physics Paper 2
24 November 2011
12:36 PM

"nak haram..payah kot soalan tadi" (sambil selak-selak beg cari handphone)

"tu la no..aku blur gak la tadi" ngomel sang remaja lain..

(masih mencari-cari handphone dengan riak muka cuak)

"babi wey! henset aku hilang"

"hang biaq betoy?!" (cuak)

yang lain pun turut saling pandang memandang (blur)

"awat wey?"

"henset aku hilang wey..pelaq betoi la.." (mula nak naik angin + bengang)

semua pakat tengok kiri kanan...

"yang taw geng kita ja kan?"

"ha la..dua bijik lak tu dia tibai.."

"mampoih la hang speck..pakai tak leh jawab pizik la hang dok pikiaq henset hilang"

(sial kau) kata aku dalam hati..hampa semua boleh tangkap dak jalan cegheta dia?? ceghetanya nak habaq kata henset aku hilang~ sony ericson yendo dengan motorola L7...baru dua bulan aku pegang handphone sony tu..dah resap! tuhan je la yang tau betapa cuak + bengang + sedih-nya aku waktu tu..memang sah la aku tak berapa boleh na jawab paper fizik yang selepas tu (fizik kertas 3)..aku fikir mana nak cari duit? apa alasan aku nak bagi kalau mak abah tanya? semua nombor kawan-kawan & family aku semua dok dalam tu...memang otak aku da blank waktu jawab paper 3 tu..memang lahabau la mamat or minah yang rembat handphone aku tu..sabar je la..maybe ada hikmah di sebalik cerita sedih sang pencari ilmu ni..

**********************************************************************************

Second story linee
27 November 2011
Dari pagi sampai tengah malam
Kenduri kahwin Syaidatul Nor & Muhamad Nazri

macam biasalahkan..bangun pagi~ gosok telo~ garu-garu sikit~ ngeliat-ngeliat sikit~ aku bukak pintu depan..

(sial..ramai pulak orang)

boleh kata satu taman la pakat mai gotong royong untuk persiapan kenduri kahwin anak sulung MR Shabudin Omar & MRS Saniah Ismail..memang gilang gemilang la..7 khemah..tumbang bapa ekoq lembu aku pun da tak ingat..Along A.K.A Syaidatul Nor ni da macam kakak aku dah..family dia pun da macam family aku..al-maklumlah..rumah kembar dua..rumah depa ni kembar rumah aku..kalau yang biasa ada pagar pembahagi tanah kat tengah tu kan..tapi kami buang..memang akrab la ceghetanya..

kerja aku masa hari kenduri tu sebagai si pengurup pinggan A.K.A pencuci,pengutip dan pengelap pinggan..letih~ lagi-lagi masa waktu kemuncak..memang betimbun la pinggan-pinggan tu semua..da macam game alien invaders la pulak..sebab kitaorang cuma main baling ja pinggan-pinggan tu masuk dalam bekas untuk bilas pinggan-pinggan tu..best~ sampai pecah & sumbing dua bijik pinggan..heeee~ jangan marah yaaa Tuan Rumah~

dalam seronok-seronok pengantin bersanding tu..ada la sorang mamat ni (geng kami jugak) buat plan na kenakan sang raja madu kasih yang sepasang ni..plannya : bancuh air minuman pengantin dengan garam tepu..aku saksi waktu muka Along berubah time minum air tu..tapi apakan daya..kamera berkelip-kelap depan muka..takkan na spoil kot..buat pi la gaya comel pun sekadar untuk kenangan masin diaorang..hahahaha..maaf ya puan dan encik pengantin~ jahat betul la korang nih...hoho..

yang paling sempoi pulak bilamana tiba-tiba aku kena panggil untuk ganti tempat adik kepada Along sebagai pengapit pengantin lelaki..hampa bayangkan la..aku dah la comot sana sini..dengan seluar sinsing paras lutut..bulu kaki bercambah dengan pesatnya..adeh..mak menakan aku pakat gelak tengok aku dengan bangganya mengipas si pengantin dengan penuh bergaya..hahaha..(siot betoy)..yang pak cik kamera tu pulak dok mai rakam aksi-aksi mengancam aku tu..hampeh..malu gaban aku..

dalam waktu tengah buat kerja tu..para pekerja ni akan di beri upah dari masa ke semasa..upahnya adalah ROKOK! aku tak merokok~ rugi la aku~ tak dapat upah...hoho..

tapi apa-apa pun memang best la..hatta penat sekalipun..rasa puas tetap ada sebab apa yang Tuan Rumah rancang..berjalan dengan jayanya..SELAMAT PENGANTIN BARU ALONG!! (adeh teharu lak aku..ayaq mata begenang)

**********************************************************************************

Story line 3
29 November 2011
1:13 PM

"wey naim! jom pi beli nasik kat kedai mak lang..lapaq arr"

"jom-jom"

maka kami bertiga (sorang dok senyap tak cakap apa) nek la moto sorang sebijik (aku) yang dua lagi sebijik moto..da siap shopping lunch sebagai pelapik perut sebelum masuk dewan periksa..pakat-pakat rempit la balik sekolah..yang kawan aku ni da siap parking..aku tengah on the way na sampai..tiba-tiba..

"sreeetttttt!! praaanngg!! gedebuk!"

"adeh~"

moto aku terbabas dek langgar lumut waktu ambek site membelok na masuk tempat parking..naseb la aku tak guling-guling ala racer motoGP tu..tapi yang kesiannya awek aku la..CT110..da tesadai tepi tu..side mirror pecah..brek tangan bengkok..cover dia calar & pecah..naseb tak terok..da lepas kejadian tu..kami semua pakat lawan gelak teringat apa yang jadi..macam bongek lak aku rasa..hahaha..so on the way balek tu moto aku tak ber-side mirror la natijahnya..da jadi rempit lak moto aku nih...huhu..

(cegheta ni kira 2 in 1 la..gembira ada..sedih pun ada)

heee..apa-apa pun..happy always..assalamualaikum~







Friday, November 18, 2011

Perlukah Seusia Aku Diheret Bersama?

assalamualaikum dan salam selepas Isyak~ keke..

Perlukah pemuda seusia aku diheret bersama ke dalam permasalahan politik kaum dewasa yang sering dicanang dan dibangga segenap penduduk Malaysia..Tetapi haruskah pemuda seusia aku iheret bersama? Masjid yang dahulunya dijadikan sebagai medium untuk menyatu padukan umat..Tetapi kini, masjid dijadikan sebagai kawasan bebas untuk berceramah tentang politik..Adakah semua ini relevan bagi pembentukan sahsiah dan minda pramatang sang remaja yang tenggelam dalam gegak gempita dunia kelalaian??

   Di dalam era yang kononnya penuh dengan kemodenan ini juga telah memecahkan segolongan penduduk dengan membina masjid khas untuk penyokong parti politik yang tertentu..Misalannya, masjid ini untuk penyokong **** dan masjid ini pula untuk penyokong ****..Tetapi terfikirkah kita apakah impak yang bakal diterima oleh sang remaja moden ini?? Sana sini bercretera tentang politik..Hatta si penggunting rambut turut menjadikan isu politik sebagai modal bicara..

Ini antara dialog aku dengan si penggunting rambut di Bukit Selambau :

Si penggunting : hang baca dak paper pasal pesta sex bebas hari tu?
Aku : dak pun..Awat cik ***??
Si penggunting : haa..tu semua pembangkang punya angkara la ni..anjur benda yang bukan-bukan kononnya membawa pemodenan..


Perlukah menanam sikap benci membenci antara sesama islam di dalam benak sang remaja gagap ini?? Sebaliknya ketika di sekolah, segala apa program yang dijalankan adalah berkaitan dengan perpaduan..Cukup indah nilai yang diterapkan oleh para pendidik di sekolah..Tetapi apabila sang remaja ini keluar melangkah berhadapan dengan masyarakat..Lain pula yang terjadi, perasaan ingin bersatu bertukar kepada perasaan ingin betumbuk dan berbalah gara-gara dakyah politik ke atas pemikiran sang remaja dunia..Hasil didikan PRO dan KONTRA ini telah membawa dan membimbing ke arah kelahiran PENJAJAH MUDA..

Dengarlah wahai pembimbing ummah..Tanyalah hati..Renungkanlah sendiri..Pilihlah antara REALITI dan FANTASI..

Skema terok aku hari ni..hahahaha..yang mana betul ambilah sebagai teladan..kerana inilah medan KALAM REMAJA berkumandang..

Di mana Kita Sekarang?

assalamualaikum dan salam muhibbah..haiya~

lembu berlari takut dilapah,
     berlari hingga ke hujung simpang,
masjidnya besar lagi gah,
     tapi sayang,dimonopoli pendatang...

waktu kat masjid khariah bukit selambau ni..sambil menunggu tok bilal habis azan..sempat ler aku meninjau-ninjau saf-saf tok-tok imam,khatib dan segala bagai manusia..tapi yang asli tempatan ada la kot dalam 3 saf setengah (dalam lingkungan 5 saf di hadapan)..yang lain geng bangla dan pakistan..mana pi orang-orang bukit selambau ni?? tak sedaq lagi ka kata dunia da nak buleh dok tak berapa hari ja lagi?? haiya..

merak nan indah terus bermegah-megah,
         gagak di hutan masih tidak bernama,
begitulah hakikat sbda rasulallah,
         masjid yang indah hanya tinggal nama..

renung-renungkanlah seluruh umat islam sekalian..jangan kerana politik kita berpecah..jangan kerana harta kita berbalah..jangan kerana anasir luar kita bertelagah..bersama kita bersatu agar mencapai tahap ummah yang berkualiti dan berhemah..sebagai teladan warga seummah..

Seminggu Ber-SPM~

Apa? Hampa ingat SPM da abeh ka?? haiya~ Sebulan deh~ SEBULAN!!! Sengasara~ Rimas~ Menci-menci-menci~ kakakaka..

Blogger A : waalaikumsalam..
Blogger B : vanakam..
Blogger c : Kroh~ kroh~ (tak Mangkit g)

yolerrrrrr-yolerrrr...Assalamualaikum (ala-ala imam muda)..haaa..dah sudah bersapa..

Blogger B : buah keranji dibawa berlari
                        sambil berlari berpejam mata,
                  hidup mati di tangan ilahi,
                        asal jangan berdengki nista...

kekeke..betoi-betoi..meh aku plak..

pergi ke hutan bertemankan kera,
       di bawa pulang hampa di hati,
zaman la bukan buleh kira,
       lu langsi,lu mati~

haaaa...apa macam?? kakaka..laghi tajuk wooo..sebenaqnya aku tingin blogging..tapi tataw pebenda dah nak tulis...na cita sal SPM..sana sini dok berceretra pasal benda yang sama..busan deh..meh kita cegheta pasal benda len plak..

kompom!
aku tadak idea!
assalamualaikum~