Wednesday, September 5, 2012

I Bangga Tau Pakwe I Tu Rempit.

Assalamualaikum W.B.T

Sirih berlipat sirih pinang,
      sirih dari pulau mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
      awal bismillah pembuka bicara.

Hallo~ (mat saleh celup sat) brader, sister, mader, fader, tok che, opah (kampung style. Not gangnam punya) & oll of Fikri's fren. Amacam lu orang punya day? Gua kat sini sejuk meghekot gara-gara Kedah hujan dengan bapak lebatnye pun. Keyyel pun dengaq kata hujan sampai banjir-banjir kat highway berdekatan UPM. Nasib ghumah gua ni atas Bukit Selambau, kalau dok Bukit Besaq lagi selamat la no. Tapi hat yang dok Kota Sarang Semut hati-hati la, hujan-hujan ni bukan takat penempatan rakyat semut naik ayaq, istana semut pun naik ayaq, bahkan kepala manusia pun buleh naik ayaq. Mintak-mintak tadak kemalangan jiwa dan raga la no. Keh3~ melawak-melawak sat, jangan dok amek hati pulak. Kesian kat depa hat yang tadak hati nu, sampai buta peghot pun ada. 

"I layan mat rempit je k, orang-orang biasa macam you ni I ta layan sangat. Sorry k"

Haa, gua baru jumpa ayat ni kat twitter. Gua baca description dia :

"sape yang nak I kena naik RXZ, 125 or Double R je. Ada helmet Arai Okada ori warna biru atau merah. Kaki haw and dompet sentiasa tebal. Pakai baju butik je, baju pasar malam or bundle I ta kan layan k. Sape yang cukup syarat yang I tetapkan tu boleh PM I"

Huulala~ Arai Okada tu gua tengok ada dalam lingkungan RM4k ke atas (untuk yang original). Kaki haw tu sampai la ni gua tataw apa dia, kaki hawaq kot no. Baju butik & dompet tebal, kalau yang kerja secara halal ok lagi. Tapi kalau meragut, merompak, samun bla bla tu, tak rasa gampang ke (KL sat)? 

(patut la kalau ayat romantik mesti ada jiwa dan "raga", motor kan ada raga.)

Budak-budak muda la ni pun makin seghabut gua tengok, hatta budak sekolah rendah pun ada hat gatai tahap tenuk yang sebaya pun malu na buat. Semalam adik gua ceghita :

"Wey hang tau dak tadi ***** nak pegang k**e aku."

"Awat hang ta bagi ja? Bukak seluaq nuh tunjuk kat dia, gatai sangat. &$^% tadan tumbuh bulu g dok gatai tak mau-mau, tobat arh."

Sekolah rendah pun da tahap cenggitu, apatah lagi sekolah menengah & nabasiti (universiti bahasa ustaz Azhar Idrus). Mak ayah manjakan sangat sampai anak buat salah, cikgu pulak yang disaman. Adesh! Itu macam ka? 

Gua penah tengok budak dalam 7 or 8 tahun pakai Iphone 4 (gua tau sebab budak tu sepupu kepada kawan gua). Pergh! Gua yang da bebelas tahun ni ta penah lagi merasa barangan Apple ni. Untung la mak ayah kaya, tapi tak terfikir ka dengan gajet secanggih tu boleh bawak kepada 2 risiko :

i  - Kena culik.
ii - Masalah sosial.
(tak takut ke?)

Salah sorang dari kawan adik gua siap berbaby-baby, bersayang-sayang, berabang-abang dalam mesej or SMS. Alahai~ Umur baghu setahun jagung dik oooiii~ silap-silap jagung pun lagi tua dari hampa. 

Kepada ibu, mak, mama, umi, mami, mom, ayah, daddy, abi, pak, abah, sila prihatin dengan tindak tanduk anak-anak anda. Dunia zaman la ni cukup sekadar sebijik henpon or bahasa rasminya "handheld-device", boleh lahir Perwira atau Pelingkup. Renung-renungkan, selamat beramal. 

Assalamualaikum W.B.T

2 Pakat-pakat muhong:

nobody said...

nak like buleh dak?hee

FIKRI FAUZI said...

haha. silakan kalau buleh. :p

Post a Comment