Friday, November 18, 2011

Perlukah Seusia Aku Diheret Bersama?

assalamualaikum dan salam selepas Isyak~ keke..

Perlukah pemuda seusia aku diheret bersama ke dalam permasalahan politik kaum dewasa yang sering dicanang dan dibangga segenap penduduk Malaysia..Tetapi haruskah pemuda seusia aku iheret bersama? Masjid yang dahulunya dijadikan sebagai medium untuk menyatu padukan umat..Tetapi kini, masjid dijadikan sebagai kawasan bebas untuk berceramah tentang politik..Adakah semua ini relevan bagi pembentukan sahsiah dan minda pramatang sang remaja yang tenggelam dalam gegak gempita dunia kelalaian??

   Di dalam era yang kononnya penuh dengan kemodenan ini juga telah memecahkan segolongan penduduk dengan membina masjid khas untuk penyokong parti politik yang tertentu..Misalannya, masjid ini untuk penyokong **** dan masjid ini pula untuk penyokong ****..Tetapi terfikirkah kita apakah impak yang bakal diterima oleh sang remaja moden ini?? Sana sini bercretera tentang politik..Hatta si penggunting rambut turut menjadikan isu politik sebagai modal bicara..

Ini antara dialog aku dengan si penggunting rambut di Bukit Selambau :

Si penggunting : hang baca dak paper pasal pesta sex bebas hari tu?
Aku : dak pun..Awat cik ***??
Si penggunting : haa..tu semua pembangkang punya angkara la ni..anjur benda yang bukan-bukan kononnya membawa pemodenan..


Perlukah menanam sikap benci membenci antara sesama islam di dalam benak sang remaja gagap ini?? Sebaliknya ketika di sekolah, segala apa program yang dijalankan adalah berkaitan dengan perpaduan..Cukup indah nilai yang diterapkan oleh para pendidik di sekolah..Tetapi apabila sang remaja ini keluar melangkah berhadapan dengan masyarakat..Lain pula yang terjadi, perasaan ingin bersatu bertukar kepada perasaan ingin betumbuk dan berbalah gara-gara dakyah politik ke atas pemikiran sang remaja dunia..Hasil didikan PRO dan KONTRA ini telah membawa dan membimbing ke arah kelahiran PENJAJAH MUDA..

Dengarlah wahai pembimbing ummah..Tanyalah hati..Renungkanlah sendiri..Pilihlah antara REALITI dan FANTASI..

Skema terok aku hari ni..hahahaha..yang mana betul ambilah sebagai teladan..kerana inilah medan KALAM REMAJA berkumandang..

0 Pakat-pakat muhong:

Post a Comment