Friday, November 18, 2011

Di mana Kita Sekarang?

assalamualaikum dan salam muhibbah..haiya~

lembu berlari takut dilapah,
     berlari hingga ke hujung simpang,
masjidnya besar lagi gah,
     tapi sayang,dimonopoli pendatang...

waktu kat masjid khariah bukit selambau ni..sambil menunggu tok bilal habis azan..sempat ler aku meninjau-ninjau saf-saf tok-tok imam,khatib dan segala bagai manusia..tapi yang asli tempatan ada la kot dalam 3 saf setengah (dalam lingkungan 5 saf di hadapan)..yang lain geng bangla dan pakistan..mana pi orang-orang bukit selambau ni?? tak sedaq lagi ka kata dunia da nak buleh dok tak berapa hari ja lagi?? haiya..

merak nan indah terus bermegah-megah,
         gagak di hutan masih tidak bernama,
begitulah hakikat sbda rasulallah,
         masjid yang indah hanya tinggal nama..

renung-renungkanlah seluruh umat islam sekalian..jangan kerana politik kita berpecah..jangan kerana harta kita berbalah..jangan kerana anasir luar kita bertelagah..bersama kita bersatu agar mencapai tahap ummah yang berkualiti dan berhemah..sebagai teladan warga seummah..

0 Pakat-pakat muhong:

Post a Comment