Friday, September 7, 2012

11/9/2012? Revolusi Bakal Berlaku?

Assalamualaikum W.B.T


Mayang berliut berisi padat,
     tidaK bercabang lembut empulur;
Resamnya timur menjunjung adat,
     bila bertandang salam dihulur.

Rilex, jangan gabra, acah ja tajuk entry tu (haha).

11.9.2012 mungkin menjadi tarikh untuk beraksi maut certain para pelajar darjah 6 di seluruh sekolah di Malaysia. Ada yang mungkin akan kata "alah! kacang je kot UPSR ni.", ada yang berulang kali kata "mampoih la aku, hat aku baca 1 haram ta masuk lagi niiiii.". Yang da siap siaga tu tahniah, tapi bagi yang still tehegeh-hegeh nak study last minute yang kononnya membawa kepada result gempak tu. Jaga-jaga, takut kang kita plak yang kena gempak tu. Gempak positif ta kalot sangat, gempak hat yang tak berapa syok tu camna? Sendiri mau ingat la kan.

Malam ni malam Jumaat, kalau zaman bebudak dulu tu malam ni la malam paling spooky. Haha! Mitos wal rekaan, bila da besar malam Jumaat la malam paling best kot (kih3 nakai sat).

Back to the reality un-fairytail, malam berkat mesti la ibadat "special edition" kan? Bagi sapa yang tak tau tu, meh na habaq "hari ni orang baca yasin kat surau & masjid, pacik lepak kat kedai kopi tadi ada pa? tahlil ka semayang mayat?" (kuang3).

Specialnya malam ni, surau dekat rumah gua ni buat bacaan yasin khusus untuk budak-budak UPSR. Pergh! Tekejut beruk gua tadi, selalu budak-budak ada 2 3 orang. Tup-tup hari ni, FUIYOO! Macam tu la gua rasa. Ramai gila budak hari ni, dari yang tadika sampai ke tingkatan 5. Bila bebudak ramai tayah cakap la, macam spesies ada, hat rempit ngan gheqek (basikal), hat yang merempit ngan motor, aweks pun boleh tahan (cik-cinta-mati jangan jeles).

Firstly (cewah! omputeh ta habeh-habeh), panas badan dengan solat Maghrib berjemaah. Memang gema abes la surau tadi, ramai punya pasal sampai terlepas keluar pun ada. Nasib hang la budak, tapi dok luar pun main. Hmmmm~

Selesai solat, ada jamuan. Gua cabut awal lagi gara-gara perut still kenyang. Adik gua menipu ja keja, beliau cakap "makan gearbox wey!". Alih-alih mak gua cakap "gulai daging kot", nampak permainan beliau di situ?  -_-''

Azan berkumandang tanda masuk waktu Isyak, setan dah mai dah (lahabau ko setan!). Akhirnya, Alhamdulillah tersadai jugak setan tu dan dengan jayanya gua sampai ke surau (padan muka ko setan!).

Siap solat Isyak, Imam (bapak gua) tengok belakang, tengok plak tuan penasihat surau, pas tu tengok gua (gua dah cuak), penasihat buat muka macho, bapak gua angguk pala gaya macho kasik kalah tuan penasihat. Suddenly! "kita buat tahlil dulu!", penasihat akhirnya kalah di tangan bapak gua.   :p 

Siap tahlil, sekali lagi bapak gua tengok kiri kanan. Tup-tup, orang yang dinanti dan ternanti-nanti pun sampai. Al-fadhil ustaz Aswad, beliau la yang mengimamkan solat sunat hajat & conduct bacaan yasin sekali. 

Gua tengok bebudak ni bukan takat letak air, bekas pensel, pemadam, pensel, pembaris, coklat, kismis, yang letak beg sekali pun ada. WAUU! Terbaik ar hang, haha.


Botol air pun dah dekat penuh surau. Nampak bekas pensel? huhu.
 


Yang ni separuh ta sampai, sebelah sana ramai lagi (segan na amek gambar bebanyak),
 yang ada kat luar besepah.   :D



Lepas baca yasin, dapat sagu hati lagi bebudak UPSR ni.
Syok la depa (terasa tua di situ).
[Baju hijau kain pelikat brownie sambil pegang micro mike = bapak gua, a.k.a pengerusi surau Al-islah]

Tu la dia sikit sebanyak program hari ni, kepada kanak-kanak yang amek UPSR minggu depan "all the best". Bukak mata kawan-kawan, banggakan mak ayah kamu.


Sekian, assalamualaikum W.B.T

1 Pakat-pakat muhong:

nobody said...

kih3..fami aka soon-to-be-brother-in-law-insyaallah qeja men gem ja~

Post a Comment