Friday, February 25, 2011

Asal Usul Rubik Kiub....


Kiub Magik direka pada tahun 1974 oleh Ernő Rubik, seorang pengarca dan profesor senibina anak Hungary yang berminat akan bidanggeometri serta bentuk tiga dimensi. Ernő memperoleh paten Hungary, HU170062, untuk kiub tersebut pada tahun 1975, tetapi tidak memohon sebarang paten antarbangsa. Kelompok-kelompok ujian kiub pertama dikeluarkan pada lewat 1977 untuk dijual di kedai-kedai mainan Budapest .
Kiub ini menjadi semakin popular di seluruh Hungary melalui komunikasi percakapan. Pada bulan September 1979, persefahaman dicapai oleh syarikat Ideal Toys untuk mengeluarkan Kiub Magik pada peringkat antarabangsa. Kiub ini menarik banyak perhatian dalam pameran-pameran mainan di LondonNew YorkNuremberg, dan Paris pada awal 1980.
Penjualan di kedai-kedai mainan Barat dihentikan sebentar supaya reka bentuknya dapat dikeluarkan menepati piawai keselamatan dan spesifikasi pembungkusan barat. Versi kiub yang lebih ringan dicipta, dan syarikat Ideal Toys memutuskan untuk menamainya semula. Nama-nama berpotensi seperti "Simpul Gordium" dan "Emas Inca" dipertimbangkan tetapi akhirnya, syarikat tersebut memutuskan nama "Kiub Rubik", dan kelompok pertama dieksport dari Hungary pada Mei 1980.
Mengambil kesempatan atas kekurangan Kiub Rubik di pasaran, banyak barangan tiruan yang murah beleluasa. Pada tahun 1984, Ideal kalah dalam tuntutan mahkahmahnya terhadap apa yang dikatakan pelanggaran paten oleh Larry Nichols yang memiliki paten US3655201.Terutoshi Ishigi memperoleh paten Jepun, JP55‒8192, untuk mekanisme yang hampir serupa semasa paten Rubik sedang diproses, tetapi Ishigi secara umumnya diberikan penghargaan untuk rekaan semula yang tersendiri. [4][5]

Syarikat Ideal Toys menerbitkan Surat Berita Kiub Rubik dari tahun 1982 hingga tahun 1983.

[sunting]Kemasyhuran

Melebihi seratus juta buah Kiub Rubik dijual dalam tempoh antara tahun 1980 dan 1982[6] Kiub ini memenangi anugerah Mainan Tahunan BATR pada tahun 1980, dan semula lagi pada tahun1981. Banyak mainan teka-teki yang serupa dikeluarkan tidak lama kemudian, kedua-dua daripada Rubik sendiri dan sumber-sumber yang lain. Dendam Rubik ialah versi kiub 4×4×4 oleh Rubik. Terdapat juga versi-versi kiub 2×2×2 dan 5×5×5 (masing-masing dikenali sebagai Kiub Poket dan Profesor Rubik), serta mainan-mainan teka-teki dalam bentuk yang lain, sepertiPiraminks, sebuah tetrahedron.
Pada bulan Mei 2005, Panagiotis Verdes, anak Greece, membina Kiub Rubik 6×6×6 dan pada 23 Mei 2006Frank Morris, johan dunia untuk pertandingan Kiub Rubik, menguji versi ini. Beliau menyelesaikan versi 3×3×3 dalam masa 15 saat, versi 4×4×4 dalam 1 minit dan 10 saat, dan versi 5×5×5 dalam 2 minit. Morris mengucapkan tahniah kepada pereka kerana mencipta versi 6×6×6 yang mengambil masa 5 minit dan 37 saat untuk diselesaikannya, dan beliau dikatakan berkata bahawa kiub yang lebih besar ini memberikannya lebih banyak kegembiraan. Pada Julai 2006, Verdes berjaya membina kuib 7x7x7 dan pada 27 Oktober 2006, sebuah video yang menonjolkan Frank Morris menguji kiub tersebut diterbitkan. Video ujian-ujian boleh dilihat di laman web http://www.olympicube.com.
Pada tahun 1981, Patrick Bossert, seorang murid sekolah England yang berumur 12 tahun, menerbitkan penyelesaiannya sendiri dalam sebuah buku yang berjudul Anda Boleh Menyelesaikan Kiub (You Can Do the Cube) (ISBN 0-14-031483-0). Jualannya mencapai melebihi 1.5 juta naskhah di seluruh dunia (dalam 17 buah edisi) dan mencapai kedudukan pertama dalam kedua-dua senarai buku terlaris The Times dan New York Times dalam tahun tersebut.
Pada kemuncak kepopularan mainan teka-teki ini, helai-helai peletak berwarna yang berasingan telah dijual supaya pemain-pemain yang kecewa atau tidak sabar dapat memulihkan mainan teka-teki mereka kepada rupa yang asal.
Tarikan antarabangsa dan pencapaian eksport Kiub Rubik telah dicadangkan sebagai merupakan salah satu faktor penyumbang dalam reformasi dan pembebasan ekonomi Hungari antara tahun-tahun 1981 dan 1985 yang akhirnya menyebabkan peralihan daripada komunismekepada kapitalisme[6]. Dari segi kewangan, Kiub Rubik amat berjaya sehingga menjadikan Ernő Rubik sebagai elit swajaya yang pertama di sebuah negara komunis.
Nama "Kiub Rubik" adalah sama dalam banyak bahasa, kecuali bahasa Ibrani dan bahasa Hungary. Dalam bahasa Ibrani, kiub ini dipanggil "Kiub Hungary", manakala dalam bahasa Hungary, ia dipanggil "Kiub Magik" (Bűvös kocka).


0 Pakat-pakat muhong:

Post a Comment