Sunday, February 20, 2011

Top 5 Tempat Paling Misteri Di Dunia....

no 5- Stonehenge

Stonehenge merupakan sekumpulan batu misteri yang disusun menjadi bentuk bulatan di sebuah daerah yang bernama Ushpur di England. Setiap batu-batu tersebut mempunyai ketinggian dan bentuk yang berbeza antara satu sama lain. Tiada sesiapa pun tahu siapa dan apakah tujuan Stonehenge ni dibina. Adakah tempat ni dijadikan kompleks mahkamah, kuil, pusat pemerintahan atau mungkin aktiviti UFO? Tiada siapa yang tahu.. 




No 4 - XINJIAN

Kawasan ini merupakan kawasan yang tidak diduduki oleh penduduk dan digelar "Moguicheng" yang juga bermaksud "Kota Syaitan". Beberapa istana tinggalan yang ada di kawasan ini sering mengeluarkan bunyi yang tidak jelas dari mana terhasilnya bunyi tersebut. Kalau korang datang kat sini pada hari berangin, korang akan terdengar bunyi seperti bayi menangis, ngauman singa dan salakan serigala. Kiranya, kalau sape-sape yang mahu privasi, bolehlah datang kat kawasan sunyi + sepi + seram nih.. 





 no 3 - SEGITIGA BERMUDA

Kawasan yang menganjur dari Florida, Bermuda dan Puerto Rico yang membentuk sebuah segi tiga ini menyimpan kisah hitamnya tersendiri. Kawasan ini juga digelar "Devils Triangle" kerana hampir kebanyakan pesawat terbang dan kapal yang melintasi perairan ini akan hilang begitu sahaja tanpa apa-apa kesan. Peralatan dan alat komunikasi kapal dan pesawat juga akan terganggu apabila melalui kawasan ini atas sebab yang tidak diketahui. Pakar ada menyatakan teori medan magnetik, ombak gadang serta penglibatan UFO yang menyebabkan perkara ini terjadi.




no 2 - PIRAMID MESIR

Mesir adalah salah satu tempat yang paling misteri dan ajaib di planet ini. Negara ini mempunyai lebih dari 80 piramid yang tersebar di sepanjang sungai Nil. Setiap piramid bersaiz sekitar 100 meter, yang diperbuat daripada batu raksasa yang beratnya mencapai 100 tan setiap satu. Sampai sekarang, legenda mengenai piramid masih mengundang misteri dan teori tersendiri kepada para pengkaji.  Di antara semua piramid, Piramid Khufu adalah yang tertinggi. Semua piramid dibina hanya ditumpuk satu di atas batu lain, tanpa bantuan alatan lain. Isu tentang teknik pembinaan yang digunakan juga masih belum terjawab hingga ke hari ini. Jadi jika korang memang sukakan misteri, Piramid Mesir akan menjadi "padang permainan" yang betul-betul misteri bagi korang.




no 1 - PULAU EASTER

Pulau ini terletak di antara Tahiti dan Chile, yang juga merupakan antara tempat terpencil di dunia. Pulau ini meraih populariti antarabangsa kerana patung gergasi yang luar biasa berbentuk wajah manusia. Setiap patung berketinggian dari 5 hinnga 30 meter , mempunyai berat sekitar 75 tan, diperbuat daripada batu gunung berapi, dan merupakan karya masyarakat Rapa Nui. Samapi sekarang, tidak ada sesiapun yang tahu akan kaedah pembinaan patung-patung  unik ni. Ada juga spekulasi yang menyatakan bahawa penduduk di situ mendapatkan bantuan teknologi UFO untuk menyiapkan patung-patung tersebut memandangkan manusia pada masa itu hanya mempunyai teknologi yang primitif. Namun, sampai sekarang kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap sepenuhnya. 


0 Pakat-pakat muhong:

Post a Comment