Monday, February 7, 2011

Cara Penjagaan Muka Dengan Sayur-Sayuran

Menjaga kulit muka tak semestinya memakan kos yang tinggi. Sebaliknya, anda boleh sediakan sendiri ramuannya dengan menggunakan sayur-sayuran dan herba. Antara bahan yang boleh digunakan untuk rawatan muka adalah daun pegagalobak merahterung muda dan cekur.


Kini, anda dah boleh menjimatkan duit dengan menggunakan beberapa tipspenjagaan muka berikut;


Daun Pegaga:


1. Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih.


2. Tumbuk daun pegaga tadi sehingga hancur.


3. Campurkannya dengan sedikit air.


4. Kemudian, campurkan pula bedak sejuk dengan daun pegaga tadi.


5. Kacau semua campuran tadi sehingga sebati.


6. Akhir sekali, sapukanlah ramuan tersebut pada muka anda setiap malam sebelum tidur.



Lobak Merah:


Anda boleh melihat pada artikel lepas bertajuk Atasi Masalah Kulit Berkedut.



Terung Muda:


1. Ambillah sebiji terung muda.


gambar terung ungu
Gambar terung ungu - Wikipedia



2. Kemudian, gosok bahagian dalam terung (bahagian permukaan yang dipotong tadi) ke muka anda. Terutamanya di bahagian dahi dan pipi.


3. Selepas itu, jangan dibuang dulu terung tadi. Sebaliknya, potonglah lagi selapis bahagian dalam terung itu tadi. Kemudian, ulanglah langkah no. 2 di atas.


4. Anda boleh melakukannya beberapa kali sehinggalah permukaan terung telah habis digunakan.



Cekur:


1. Sediakan cekur kira-kira sebesar ibu jari.


2. Giling cekur tadi sampai lumat.


3. Seterusnya, campurkan cekur yang telah digiling dengan bedak sejuk.


4. Sapukan campuran tadi ke muka anda.


5. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit.


6. Setelah ia kering, lapkan muka anda dengan kain lembap untuk menanggalkan segala kotoran.


7. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam.


8. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.





Selamat Mencuba!

0 Pakat-pakat muhong:

Post a Comment