Saturday, January 19, 2013

Belut Oh Belut.

Assalamualaikum W.B.T.

Indah berbalam si awan petang,
       Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
       Awal bismillah pembuka bicara.

Heiyo man, berjumpa lagi kita di dalam segmen 'Tanya Sama Pokok', terasa Aznil Haji Nawawi sat, muehaha! 

Mula-mula sekali gua nak ucap tahniah buat Jozan yang merangkul tempat pertama dalam Maharajalawak Mega 2012, gua peminat nombor ke berapa juta tu...  \ (^_^) /

Belut? Sapa xkenal belut? Google la, malas gua nak buat 'National Geographic' tengah-tengah pagi buta ni. 

Petang tadi (ekceli petang 18 Januari), kawan-kawan sekepala masam dengan gua ajak gi mancing kat jeti Pekan, kononnya baru lepas hujan banyak ikan naik, jimbit dorang lepas hujan, waktu pergi hujan dan sepanjang program berlangsung pun dalam keadaan tengkujuh yang optimum.   (-_-")

Tunggu punya tunggu, joran salah sorang dari 4 kawan gua berhinggut bagai ada nada cinta sedang bermain di situ. Sentapan maut dijana dengan penuh keringat dingin, memintal tali joran beliau dengan penuh keasyikan umpama melayah bahtera Repulse milik British ketika diserang Jepun seabad lalu.

Hasilnya................................. Jeng jeng jeng.........




Belut eksotik lagi mistik didaratkan, ekspresi buat pertama kali WOW! Lepas tu, err, euuwwww.  (@_@)

Kita orang ekceli dorang cadang nak jual, tup-tup xterjual. Tetiba cadangan untuk dimasak dan makan dikemukakan salah sorang kawan gua yang lain, semua setuju walaupun gua agak ragu-ragu ngan natang ni. 

Waktu besiang, ya Allah! Liat ya Rabbi. Bau dia xpayah cakap, memang xdapat diungkap dengan kata-kata. 

Last sekali apa jadi? Makanan tong sampah yang hakiki lagi penerima segala bahan buangan.

Moral of the story, lagi baik buang kalau permulaannya dah ragu-ragu.

Sekian, Asslamualaikum W.B.T.


1 Pakat-pakat muhong:

GADIS UNGU said...

geli ~ haha~

Post a Comment