Sunday, January 20, 2013

Zip → Racing Girl → Lalak → Wayang

Assalamualikum W.B.T,

Sayang kumbang mencari makan,
    Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
    Moga diiring restu Ilahi.

Holla! Apa macam hari minggu korang? Ada joget-joget? Xdak? Ish ish, habis buat apa ja? Bukak kilang? waauu! Jap jap, meh gua teka, korang bukak kilang taik mata kan? Kan kan kan? Gua dah masak la dengan helah kanak-kanak ribena lagi sedunia macam tu. Bagi yang melalok dengan aktiviti berpekdah tu 'thumbs up'.

Gua sebenarnya nak update madah pujangga gua ni dari semalam lagi, tapi apakan daya. Masa berjalan ibarat tenuk yang lari dari kepupusan bangsa, laju gitu.

Mula dengan tajuk 'ZIP', (19 Januari 2013) setel ja exam 'Technology Service' gua rasa nak terkucil yang amat. Kira gua jalan ke toilet tu ada la gaya Angelina Jolie jalan, terkepit-kepit gitu, seksi bukan? Masuk ja gua dalam tandas yang tertulis 'Please Flush After Using', gua tengok dalam mangkuk jamban terbabit "CILAKAK!". Gua malas nak cerita apa ada dalam tu, gua teruskan niat gua nak buang sisa lebihan minyak. Dengan mudahnya gua bukak zip seluar gua, 'shhhhhhhh' bergetar seluruh tubuh nikmat gitu.

Usai pekerjaan sementara gua tadi, gua baru teringat, zip seluar gua pakai tu selalunya agak susah nak dibukak, tetiba boleh tarik bagai tiada apa yang berlaku. Gua pun usha la slow2, ternyata zip tersebut dah pun lari dari landasannya, tergamam gua sebentar, patur la lepas gua keluar dari dewan, sekumpulan budak pompuan depan pintu dewan mula senyum-senyum kambeng lepas gua ngeliat di tempat kejadian, cilakak di situ.




Akan gua bakar seluar ni hidup-hidup, ya! Gua pasti akan bakar!

Cerita kedua 'Racing Girl' sambungan selepas beberapa jam dari cerita di atas. Kawan gua buat gila lagi pada hari terbabit dengan ajak gua gi mancing, padahal gua xmancing pun. Kononnya lagi lepas hujan baru nak gerak, jimbit mereka buat sekian kalinya, hujan sepanjang program yang berlangsung. Akhirnya gua terpaksa jugak beli sekaki payung dan bertenggek ala-ala kuntilanak yang ayu lagi comel di tepian jeti Pekan tu.


PHEWITT! Racing girl gitu, aww! (~_~'')

Senario ketiga 'Lalak' pun berlangsung lepas beberapa jam lepas cerita kedua tadi. Lalak a.k.a karaoke, gua lalak kejap je, lalak ntah apo-apo ntah. Gua lepak luar je la dek nak main wifi percuma, muehaha! Ehem, macho itu perlu.


Awww! Fahrin Ahmad! Peliss......... (-_-'') *gambar ni menunjukkan kegemukkan gua, sadis*

Last in the list, 'Wayang'. Last gua tengok wayang dengan bunga cinta gua, belajar tengok wayang pun dengan beliau, gua ja yang kolot xpenah tengok wayang, ihiks! Tergedik pulak, sorry~ Balik ke jalan yang benar, time tu kalau xsilap gua pukul 11.40 malam (habis karaoke pukul 11 malam), wayang tengah malam la ni. Ceritanya 'The Last Stand' lakonan Arnold Schwarzenegger.



 Cerita bebanyak kang kena maki lak, better korang gi tengok sendiri la, jalan cerita dia boleh tahan la, not bad la ongputeh kata.

Konklusinya korang boleh predict la dari pukul 12 tengah hari gua keluar sampai 4 pagi baru gua balik bilik, hebat bukan? Gua keluar sampai ke pagi xbuat benda pelik-pelik na, tadak la gi sontot pompuan ke, menyontot bapuk ke, xder xder xder. Semuanya halalan toyyiba, sekian, Assalamualaikum W.B.T.




0 Pakat-pakat muhong:

Post a Comment