Friday, January 18, 2013

'Family Dinner Box' Untuk 2 Pelahap?!

Assalamualaikum W.B.T

Mencari timba si anak dara,
     Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
     Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah, terasa lagi kita akan oksigen segar di hari Jumaat penghulu segala hari. Wahh! Terasa seakan Ustaz Don di situ, ihiks! Uhuk! Macho itu perlu.

Ok, hari ni gua xnak cerita pasal hari ni, tapi gua nak cerita pasal apa yang jadi tahun lepas. Ehh! taktaktak, gua nak cerita pasal semalam, malam jumaat. Malam yang paling spooky bagi kanak-kanak ribena, tapi malam paling indah lagi epik bagi yang berkahwin, awww. *Gedik sebentar bersama Nikon*

Macam yang gua dah bagi tau hari tu, gua dalam minggu final exam, so tekanan adrenalin sangat menggila waktu ni. Lepas lalok dengan nota 'Introduction to Service Technology', gua terasa teramat down di samping bahagia dapat melpaskan rindu kat si bunga cinta gua yang ada di Toronto kot, taktaktak, tartar kot. Err, tapi tu kan nama sos, ok ok, Tanta. Jauh bukan? Hewhewhew....... Walaupun rindu lepas dengan cara bergaduh, kurang-kurang gua texting beliau, tangisan dalam nikmat gitu, awww.

Berbalik pada cerita asal, lepas gua lalok dengan nota-nota tersebut, gua terasa ada konsert amal Avenged Sevenfold dalam perut gua. So gua jengah la kejap bilik jiran gua yang bertentang dengan bilik gua ni, gua tengok beliau terlebih dahulu gila dari gua (-_-'')

"Azri, Family Dinner Box jom!" ajak gua,

"Pukul berapa skang ni?"

"1.30 A.M"

"Jom!"

Bersupirkan kawan gua, termeterai la perjanjian antara gua dengan cashier MCD yang bertugas waktu tu. Family Dinner Box set B jadi pilihan, aumm aumm aumm!



TADAA! Hebat bukan? Dua orang makan untuk satu kotak.

-Family Dinner Box set B-
-2 Spicy Mc Chicken Deluxe-
-2 Mc Chicken-
-6 pieces Chicken Nuggets-
-2 Sundae-
-4 Coke-
-3 Fries-

Lalalala, terasa di syurga sebentar lepas melahap segala makanan tersebut dengan rakus lagi kebinatangan. Burrpp! Alhamdulillah, muehahaha! Hilang ketegangan urat kentut gua dek mengadap nota dan ketidakstabilan emosi.

Sekian, Assalamualaikum W.B.T.



0 Pakat-pakat muhong:

Post a Comment